mencari identiti tersendiri.

Wednesday, February 16, 2011

TAKDIR PUNYA KISAH BERBEZA..

aku  bertemu dengannya pertama kali beberapa tahun lalu... aku mengetahui tentang dirinya dari teman yang meminati awak pada masa tu...

dia memang  mempunyai ramai peminat..biasalah orang terkenal..tapi dia  nampak humble...aku sering bertemu denganya..

namun begitu,aku  tidak pernah berbicara dengannya..dia pernah senyum padaku  tapi macam biasa aku still buat muka cool... padahal malunya aku time tu...

pada satu hari, aku  hampir langgar sidia ...dia memandang  diriku  ...begitu juga sebaliknya.. ...namun satu perkataan maaf pun tak terkeluar dari mulutku..selepas tu aku tidak menemui sidia lagi..entah mengapa aku  berasa sedih...aku ingat  tidak akan menemui sidia  lagi selepas itu...

setahun telah berlalu...aku menyambungkan pengajian di salah sebuah pusat pengajian tinggi si selangor...
aku  ada mendengar berita sidia juga  belajar satu IPTA denganku ...cuma berbeza kampus..pada satu hari hatiku  tergerak untuk mengikut fiqh perubatan di kampus sidia...tiba tiba terdetik di hatiku..

"agaknya dia tengah buat apa yer"

apabila aku  membuka pintu dewan itu...aku agak terperanjat melihat sidia di depan ku...sidia masih sama seperti dahulu...tiada apa yang berubah...apabila mata kami saling  bertaut...sidia  akan segera menundukkan pandangan...itu menyebabkan  aku mula tertarik padanya..

masa berlalu dengan pantas...aku kini  telah memasuki semester 3.hari pertama aku diposting di ward shift pagi..apabila aku  bangun pagi untuk pergi ke hospital ..hatiku  sekali lagi terdetik..."dia dah masuk tahun tiga mesti dah posting kat hospital.."aku mengagak dia akan posting salah sebuah hospital lain yang berdekatan denganku..aku sering berkata dalam hati setiap kali teringat tentang dirinya..

"ya ALLAH, hilangkanlah ingatan ku tentangnya...jika kami berjodoh hanya engkau yang boleh menemukan kami..."

aku  membuat routine biasa didalam ward...tiba tiba aku  terlihat sekumpulan lelaki berjalan masuk kedalam ward...aku  tidak memakai spek masa tu...namun salah seorang dari lelaki didalam kalangan mereka telah menarik  pandangan ku .aku  seakan akan kenal dengan gayanya...

tidak salah lagi....lututku  mengeletar...betapa malunya aku  time tu...saat kami  saling berpandangan...aku takut sidia perasan perubahan muka ku time tu...aku  pun berlagak cool macam biasa..

aku meneruskan aktiviti  seperti biasa...aku  cuba mempositfkan diri ...

"sabar ujian hati jer nie..skit jer...nanti tak jumpa dia dah"

betul aku tak jumpa dia dah lepas hari itu..aku menghabiskan shift pagi seminggu....minggu kedua aku  dapat shift petang....entah kenapa aku masih teringatkan dia..... pada minggu aku tidak menemuinya lagi...

"ya ALLAH ..hilangkan lah ingatan ku tetangnya...jika kami berjodoh hanya engkau yang boleh menemukan kami.. sabarlah wahai hati.." aku sering berkata kata seperti itu apabila teringat tentangnya...
 
bas datang terlalu awal...aku berserta rakan ku pergi menunaikan solat zohor ...sperti biasa geng ku memang riuh...bergelak ketawa...tiba tiba tawaku terhenti..aku melihat dirinya keluar dari surau lelaki...aku salah nampak nie...aku seolah olah tidak percaya...aku memang melihat dirinya...

"postif postif...ya ALLAH hilangkanlah ingatanku tentang dirinya..."

aku masuk ward awal dari biasa...kak jururawat masyarakat memanggilku untuk mengambil pesakit  dari OT..aku pergi dengan riang hatinya...aku merasa gembira setiap kali posting di ward...ianya memberi satu kepuasan buat diriku...aku masuk sambil menarik katil pesakit...aku merasa lututku lembik secara tiba tiba...aku melihat dirinya...ya ALLAH  betul ker apa yang ku lihat ni...

dia berada didalam ward itu seharian...

"ya ALLAH sabarkanlah hatiku menghadapi ujian hati ini..."pada petang tu ..aku ada running assessement.. kehadirnya sedikit menganggu ketenanganku untuk melaksanakan asessment itu...tapi alhamdulillah aku masih lulus dalam assessment tu...aku perasaan dia curi curi memandangku...namun aku still belagak cool..padahal hanya ALLAH yang tahu perasaanku time tu...

 kini telah setahun lebih berlalu...aku tidak menemuinya lagi...kadang kala aku masih  teringatkan dirinya... namun aku sentiasa mempositifkan diri...dia mungkin ujian hati  buat ku....

"aku dan dirinya mungkin ditakdirkan bertemu namun ALLAH lebih mengetahui yang terbaik buat diriku..begitu juga buat dirinya..."


KITA MUNGKIN DITAKDIRKAN BERTEMU NAMUN TAKDIR PUNYA KISAH BERBEZA....



saya tengah belajar untuk mengarang cerpen..tapi masih belajar lagi...kalo baca tak bpe best harap maaf...heheeh








3 comments:

  1. Allah sentiasa menguji hamba Nya..bersyukur lah diuji kerana dengan ujiannya..kita dapat mengingati Allah dan mendekatkan diri kepada Nya.. ^^

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Cintailah Allah swt sepenuhnya kerana dgn cintaNya itu akan menemukan kita dgn orang yg mencintai kita keranaNya...Jangan dinafikan perasaan suci itu kerana itu sudah lumrah, tp jgn pula kita merosakn kesucian cinta itu..
    Insya-Allah,semoga jambatan istikharah yg akn mnjadi pnghubung antara kita dgn si dia..
    Dan sesungguhnya laki-laki yg baik adalah untuk perempuan2 yg baik,itulah janji Allah swt..
    sekadar perkongsian dan jua pringatan untk diri sendiri...Insya-Allah..Amin..

    ReplyDelete
  3. betul......sokong...ALLAH x pnh tinggalkan kita... apabila di uji ...lama kelamaan kita pati akan rasa kemanisan ujian itu...dan membuatkan kita tersenyum...apabila teringatkan ujian yang pernah di lalui...sekadar teringtkan kenangan dan kebodohan masa lalu yang tak tersedar hakikat sebenar...
    syukran atas ingatan anti sekalian...
    cinta manusia adalah accessory kalau ada sykur kalau tak da sabar...

    ReplyDelete