Dalam meniti umur yang semakin meningkat ,adalah lumrah untuk rasa di kasihi dan mengasihi… sering di dengari dari sahabat-sahabat berkata:
“ Bilalah aku nak kawen”
“Kawan kawan dah ramai dah kawen.”
“Nak kawen tapi tiada duit.”
Apabila mendengar kata setiap kata tadi membuat saya terfikir sejenak..
Adakah kita tahu matlamat sebuah perkahwinan itu.. Ramai yang berkata bahawa jangan risau ,perkahwinan akan mematangkan namun begitu tanpa matlamat yang jelas tidak mungkin sebuah bahtera rumah tangga itu dapat belayar dengar dengan baik dalam menhadapi dugaan dalam perlayaran.
Apakah matlamat yang di maksudkan ?
Adakah cukup sekadar saling mencintai …?
Perkahwinan mestilah berlandaskan mencari redha ALLAH.Jika kita berpaksikan pada satu matlamat ini inshaALLAH bahtera yang dilayari dapat menghadapi setiap ujian yang melanda..elain itu pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memastikan matlamat yang satu tidak tersasar.
Apakah usaha yang perlu dijalankan..?
Usaha yang perlu dilakukan adalah sentiasa bermuhasabah diri .Adakah cinta yang di bina pada mulanya berlandaskan cinta kepada ALLAH.Hati kita hanya boleh memuatkan satu cinta sahaja ,sekiranya kita meletakan cinta manusia didalamnya maka dimanakah kita hendak meletakkan cinta pada pencipta kita..Sepatutnya hati kita perlu di muatkan dengan cinta kepada pencipta kerana cinta kepada manusia adalah accessory semata mata.Apabila kita meletakkan cinta kepada ALLAH di dalam hati kita maka cinta pada manusia akan menyusuri sebagai anugerah dari penciptaNYA..
Selain itu , kita perlulah memperbaiki diri setiap masa dan sentiasa topup diri kita dengan ilmu agar kita dapat meghadapi ujian- ujian hati yang mungkin terkadang melekakan hati kita.Persiapkan diri kita dengan pelbagai ilmu yang boleh membantu kita sebelum melayari bahtera perkahwinan.Supaya islam cara hidupku dapat di terapkan dalam kehidupan berumah tangga..
Sesebuah perkahwinan memerlukan rasa tanggungjawab memegang amanah ,komitmen, kejujuran ,kepercayaan dan cinta.Cinta itu boleh di pupuk,ini kerana jika niat kita betul maka ALLAH akan menanamkan rasa cinta itu.Jangan jadikan cinta manusia sebagai asas perkahwinan letaklah cinta ALLAH sebagai paksi dalam melayari kehidupan .Perkahwinan ibarat pokok yang berdiri di sebabkan oleh rasa tanggung jawab dalam memegang amanah ALLAH dan di suburi dengan rasa cinta .
Tepuk dada tanya iman.Perbetulkan matlamat untuk mengapai kebahagian di dunia dan akhirat.SEMOGA CINTA ITU SAMPAI KESYURGA..
Coretan buat diri ini yang kadang kala terlepas padang dan terleka di buai cinta dunia dan sekadar perkongsiaan dengan sahabat..
No comments:
Post a Comment