mencari identiti tersendiri.

Monday, February 28, 2011

BERIKAN CINTA PADA YANG HAK...

Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin, ini untuk kita. (Eh?!)

1. Saya dah ter`jatuh’ hati kat die laa… camno ni?

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah An-Nur: 32)
"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas)
“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.  (Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)

2. Aiyaak, tapikan saya x cukup duit la nak kawin.. huhuhu

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”. (Surah An-Nur : 33)
Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud: “Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn
org lain.…melepas la saya nanti T_T

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah Al-A’raf : 128)
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (Surah Al-Hajj : 40)
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Surah Al Insyirah : 5-6)

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.
Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu.. 

4. Tapi saya daa syok abes kat dia.. I can’t live without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (Surah An-Nur : 30)
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. (Surah Al-Jatsiyah : 18)
“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”. (Riwayat Bukhari)

5. Ala.. saya bercinta bukan selalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. kite orang xpernah pon berdua2an…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”. (Surah Al-Isra : 32)
“Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”. (Musnad Ahmad)
“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”. (Riwayat Bukhari Muslim)

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”. (Surah Yasin : 36)
“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”. (Surah Az-Zukhruf : 12)
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”. (Surah Ar-Rum : 21)

7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

Abdullah Ibnu Mas’ud pernah berkata : “Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.
Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda : “Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. (Riwayat Ibnu Majah.)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. (Riwayat Abu Mansur Al-Dailami)

Duhai pemuda pemudi siswa siswi IPTA IPTS sijil diploma ijazah master PHd. Kesimpulannya :

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin… lepas kahwin nak layan sangat perasaan cintan tuh tiada siapa nak halang..Kalau x mampu, tiada cara lain, didiklah diri agar nafsu tidak mempengaruhi diri ini.. berdoalah kepadaNya dan pintalah, kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat meminta pertolongan.. 

Tidak dinafikan, memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang bertaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!
Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI dan PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita..ingatlah, ’bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’…

setakat ini sahaja..semoga kita memperoleh sesuatu hari ini, dan mampu membentuk benteng kesedaran dalam diri kita semua agar menjadi dapat mendidik diri ke arah mendapat keredhaan dariNya..InsyaAllah.

HIDUP...

semalam aku hidup dalam noda...
semalam aku hidup dalam kesesatan ...
semalam aku hidup  dalam kelalaian ....
semalam aku hidup tanpa arah tujuan...
semalam aku hidup  dalam kejahilan...

hari ini aku hidup dengan satu kekesalan

hari ni aku hidup dengan  satu  keinsafan
hari ini  aku  hidup dengan satu pegangan
namun aku tetap bersyukur atas pemberiannya
memberi panduan atas kesesatan
memberi tarbiah di atas ujian....
di beri peringatan atas kealpaan...
menghatar kasih sayang melalui sahabat yang membantu....

walaupun semalam penuh noda ...
akan ku berusaha menhadapi segalanya...
atas mencari redha yang MAHA ESA....

Friday, February 25, 2011

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga
batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya
sendiri


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya dan lindungilah dimana si dia.. 

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar
berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti....

Wednesday, February 16, 2011

TAKDIR PUNYA KISAH BERBEZA..

aku  bertemu dengannya pertama kali beberapa tahun lalu... aku mengetahui tentang dirinya dari teman yang meminati awak pada masa tu...

dia memang  mempunyai ramai peminat..biasalah orang terkenal..tapi dia  nampak humble...aku sering bertemu denganya..

namun begitu,aku  tidak pernah berbicara dengannya..dia pernah senyum padaku  tapi macam biasa aku still buat muka cool... padahal malunya aku time tu...

pada satu hari, aku  hampir langgar sidia ...dia memandang  diriku  ...begitu juga sebaliknya.. ...namun satu perkataan maaf pun tak terkeluar dari mulutku..selepas tu aku tidak menemui sidia lagi..entah mengapa aku  berasa sedih...aku ingat  tidak akan menemui sidia  lagi selepas itu...

setahun telah berlalu...aku menyambungkan pengajian di salah sebuah pusat pengajian tinggi si selangor...
aku  ada mendengar berita sidia juga  belajar satu IPTA denganku ...cuma berbeza kampus..pada satu hari hatiku  tergerak untuk mengikut fiqh perubatan di kampus sidia...tiba tiba terdetik di hatiku..

"agaknya dia tengah buat apa yer"

apabila aku  membuka pintu dewan itu...aku agak terperanjat melihat sidia di depan ku...sidia masih sama seperti dahulu...tiada apa yang berubah...apabila mata kami saling  bertaut...sidia  akan segera menundukkan pandangan...itu menyebabkan  aku mula tertarik padanya..

masa berlalu dengan pantas...aku kini  telah memasuki semester 3.hari pertama aku diposting di ward shift pagi..apabila aku  bangun pagi untuk pergi ke hospital ..hatiku  sekali lagi terdetik..."dia dah masuk tahun tiga mesti dah posting kat hospital.."aku mengagak dia akan posting salah sebuah hospital lain yang berdekatan denganku..aku sering berkata dalam hati setiap kali teringat tentang dirinya..

"ya ALLAH, hilangkanlah ingatan ku tentangnya...jika kami berjodoh hanya engkau yang boleh menemukan kami..."

aku  membuat routine biasa didalam ward...tiba tiba aku  terlihat sekumpulan lelaki berjalan masuk kedalam ward...aku  tidak memakai spek masa tu...namun salah seorang dari lelaki didalam kalangan mereka telah menarik  pandangan ku .aku  seakan akan kenal dengan gayanya...

tidak salah lagi....lututku  mengeletar...betapa malunya aku  time tu...saat kami  saling berpandangan...aku takut sidia perasan perubahan muka ku time tu...aku  pun berlagak cool macam biasa..

aku meneruskan aktiviti  seperti biasa...aku  cuba mempositfkan diri ...

"sabar ujian hati jer nie..skit jer...nanti tak jumpa dia dah"

betul aku tak jumpa dia dah lepas hari itu..aku menghabiskan shift pagi seminggu....minggu kedua aku  dapat shift petang....entah kenapa aku masih teringatkan dia..... pada minggu aku tidak menemuinya lagi...

"ya ALLAH ..hilangkan lah ingatan ku tetangnya...jika kami berjodoh hanya engkau yang boleh menemukan kami.. sabarlah wahai hati.." aku sering berkata kata seperti itu apabila teringat tentangnya...
 
bas datang terlalu awal...aku berserta rakan ku pergi menunaikan solat zohor ...sperti biasa geng ku memang riuh...bergelak ketawa...tiba tiba tawaku terhenti..aku melihat dirinya keluar dari surau lelaki...aku salah nampak nie...aku seolah olah tidak percaya...aku memang melihat dirinya...

"postif postif...ya ALLAH hilangkanlah ingatanku tentang dirinya..."

aku masuk ward awal dari biasa...kak jururawat masyarakat memanggilku untuk mengambil pesakit  dari OT..aku pergi dengan riang hatinya...aku merasa gembira setiap kali posting di ward...ianya memberi satu kepuasan buat diriku...aku masuk sambil menarik katil pesakit...aku merasa lututku lembik secara tiba tiba...aku melihat dirinya...ya ALLAH  betul ker apa yang ku lihat ni...

dia berada didalam ward itu seharian...

"ya ALLAH sabarkanlah hatiku menghadapi ujian hati ini..."pada petang tu ..aku ada running assessement.. kehadirnya sedikit menganggu ketenanganku untuk melaksanakan asessment itu...tapi alhamdulillah aku masih lulus dalam assessment tu...aku perasaan dia curi curi memandangku...namun aku still belagak cool..padahal hanya ALLAH yang tahu perasaanku time tu...

 kini telah setahun lebih berlalu...aku tidak menemuinya lagi...kadang kala aku masih  teringatkan dirinya... namun aku sentiasa mempositifkan diri...dia mungkin ujian hati  buat ku....

"aku dan dirinya mungkin ditakdirkan bertemu namun ALLAH lebih mengetahui yang terbaik buat diriku..begitu juga buat dirinya..."


KITA MUNGKIN DITAKDIRKAN BERTEMU NAMUN TAKDIR PUNYA KISAH BERBEZA....



saya tengah belajar untuk mengarang cerpen..tapi masih belajar lagi...kalo baca tak bpe best harap maaf...heheeh








semua kembali normal..

saya berasa gembira kerana semua kembali normal.

terima kasih sebab awak sudi cakap dengan saya balik...

saya gembira tengok awak dah berubah...

semoga perubahan itu berkekalan..inshaALLAH...

semoga ukhwah kita berpanjangan..

sayang awak...

Saturday, February 12, 2011

minggu yang menyedihkan..

mungkin cara saya yang berterus terang telah menyebabkan kamu terguris..
tapi saya tidak bermaksud untuk berkasar dengan kamu namun tindakan kamu yang semakin melampau menyebabkan saya perlu menegur kamu..
walaupun saya menegur kamu saya tidak menggunakan saluran yang memalukan kamu...
saya dah memohon maaf atas ketelanjuran saya.. 
namun kamu tetap bermasam muka dengan saya..terpulang kepada kamu ...
saya dah jalankan tanggungjawab saya..tapi kamu tidak sedar banyak perkara yang kamu buat telah menguris hati saya..mungkin kamu boleh menbenci saya tapi fikirlah adakah dunia menyukai kamu...maaf atas keterlanjuran saya...


Opick - Rapuh ( bersama lirik )

Monday, February 7, 2011

matlamat sebuah perkahwinan...

Dalam  meniti umur yang semakin meningkat ,adalah lumrah untuk  rasa di kasihi dan mengasihi… sering di dengari dari sahabat-sahabat berkata:

“ Bilalah aku nak kawen”
“Kawan kawan dah ramai dah kawen.”
“Nak kawen tapi tiada  duit.”

Apabila mendengar kata setiap kata tadi membuat saya terfikir sejenak..
Adakah kita tahu matlamat sebuah perkahwinan itu.. Ramai yang berkata bahawa jangan risau ,perkahwinan  akan mematangkan namun begitu tanpa matlamat yang jelas tidak  mungkin sebuah bahtera rumah tangga itu dapat belayar dengar dengan baik dalam menhadapi dugaan dalam perlayaran.
Apakah matlamat yang di maksudkan ?
Adakah cukup sekadar saling mencintai …?
Perkahwinan mestilah berlandaskan mencari redha ALLAH.Jika kita berpaksikan pada satu matlamat ini inshaALLAH bahtera yang dilayari dapat menghadapi setiap ujian yang melanda..elain itu pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memastikan matlamat yang satu tidak tersasar.
Apakah usaha yang perlu dijalankan..?

Usaha yang perlu dilakukan adalah sentiasa bermuhasabah diri .Adakah cinta yang di bina pada mulanya berlandaskan cinta kepada ALLAH.Hati kita hanya boleh memuatkan satu cinta sahaja ,sekiranya kita meletakan cinta manusia didalamnya maka dimanakah kita hendak meletakkan cinta pada pencipta kita..Sepatutnya hati kita perlu di muatkan dengan cinta kepada pencipta kerana cinta kepada manusia adalah accessory  semata mata.Apabila kita meletakkan cinta kepada ALLAH di dalam hati kita maka cinta pada manusia akan menyusuri  sebagai anugerah dari penciptaNYA..
Selain itu , kita perlulah memperbaiki diri setiap masa dan sentiasa topup diri kita dengan ilmu agar kita dapat meghadapi ujian- ujian hati yang mungkin terkadang melekakan hati kita.Persiapkan diri kita dengan pelbagai ilmu yang boleh membantu kita sebelum melayari bahtera perkahwinan.Supaya islam cara hidupku dapat di terapkan dalam kehidupan berumah tangga..
Sesebuah perkahwinan memerlukan rasa tanggungjawab memegang amanah ,komitmen, kejujuran ,kepercayaan dan cinta.Cinta itu boleh di pupuk,ini kerana jika niat kita betul maka ALLAH akan menanamkan rasa cinta itu.Jangan jadikan cinta manusia sebagai asas perkahwinan  letaklah cinta ALLAH sebagai paksi dalam melayari kehidupan .Perkahwinan ibarat pokok yang berdiri di sebabkan oleh rasa tanggung jawab dalam memegang amanah ALLAH dan  di suburi dengan rasa cinta .
Tepuk dada tanya iman.Perbetulkan matlamat untuk mengapai kebahagian di dunia dan akhirat.SEMOGA CINTA ITU SAMPAI KESYURGA..
Coretan buat diri ini yang kadang kala terlepas padang dan terleka di buai cinta dunia dan sekadar perkongsiaan dengan sahabat..

IBU BAPA DAN CINTA


melihat sekeliling membuatkan saya terdetik di hati…adakah akan datang aku menjadi penyebabnya…

melihat situasi zaman yang kian berubah… melihat anak- anak  lebih mengutamakan kekasihnya lebih dari  ibubapanya.

meliihat anak muda yang sanggup berhabis duit untuk kekasihnya. Padahal sekiranya masih belajar mereka membelanjakan duit pemberian ibu ayah tanpa mereka sedar. Apabila sudah berkerja ,seharusnya duit itu diberi sebahagiannya kepada ibu bapa walaupun kadang kala ibubapa di begitu mengharap duit dari  anak-anaknya..

kadang kala duit banyak di habiskan untuk membeli topup untuk menghubungi kekasih namun begitu pernahkah kita bertanya pada diri kita  berapa kalikah kita telefon ibubapa kita berbanding kekasih kita..

sedarlah  wahai kaum lelaki jangan manja wanita dengan sanggup membeli apa sahaja yang diingini oleh wanita..kerana ianya akan merosakan wanita..sedarlah bahawa kamu mempunyai tanggungjawab keatas ibubapa kamu.

Sedarlah wahai kaum wanita janganlah kamu menjadi peruntuh iman seorang lelaki..dan menyebab seorang lelaki derhaka pada ibubapanya tanpa kamu sedari..
Hormati dan jagalah  ibubapa kita semasa mereka masih ada.

SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU..

Bukan untuk menghentam mana mana pihak tapi peringatan buat diri sendri yang kadang kala terlupa…sekadar perkongsian…

CIRI CIRI WANITA SYURGA


1. Bertakwa.

2.Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6.Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7.Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8.Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9.Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.
Article ini diambil dari blog I luv islam…


mungkin lita tidak dapat melaksanakan semua ini tetapi apa yang penting adalah usaha kita untuk mencontohi...