kadang kala ingin bergelak bila mendegar yang berkata padaku..
"bila nak ada pakwe....nanti kerja susah nak cari ....time blaja la nak cari."
"kamu tu yang terlalu memilih"
"kamu tu yang terlalu mecari yang sempurna"
kadang kala diri ini mecari apa jawapan yang sesuai untuk menjawap segala persoalan yang di lemparkan...
bukan diri ini tidak mahu rasa disayangi dan menyayangi..namun ada tatasusila yang perlu di patuhi...ramai orang tidak memahami diri ini milik mutlak ALLAH dan di jaga oleh ibu bapa..diriku tidak berhak menrima mana lelaki tanpa redha ALLAH dan izin ibu bapa..
setiap nafas,denyutan nadi dan jasad bukan milikku...betapa bersyukur apabila di beri peluang untuk hidup lagi..bagaimana diri ini boleh menyerahkan sesuatu yang bukan milikku kepada yang tidak berhak..bagaiamana akan kurasa bahagia itu jika atas murka penciptaku...di manakah rasa bahagia tanpa kasih sayang dari penciptaku..CINTA manusia akan pasti akan meninggalakan ku ...
biar sukar menyatakan rasa hatiku namun ALLAH lebih mengetahui apa yang tersirat di hatiku...
bukan mencari yang sempurna tapi mencari redhanya...
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..
semoga setiap nafasku,denyutan nadi ku serta langkahku adalah sentiasa untukNYA...
ya ALLAH kuatkan hatiku dalam setiap ujian dariMU....
AMIN...
maaf buat sesiapa yang sms tidak di balas ..call tidak diangkat ....bukan ini cara cinta yang sebetulnya..harap maaf buat semua....
No comments:
Post a Comment