hari yang agak memenatkan. namun begitu memberi satu kepuasan buat diri ini.. hari ni masuk hari kedua diriku menjaga HDU.. bukan hemodialisis unit tau..hari ni diriku di tugaskan untuk menjaga 4 orang patient bersama juniorku..sesampai aku di ward... resus active di jalankan..kerana overdose medication..patient terpaksa di intubate..perkara yang membuat saya terharu adalah sesampai saja suami patient... dia terus cium isteri dia yang telah tidak sedarkan diri..walaupun riak risau di wajah sang suami namun dia tetap nampak tenang.masa berlalu... spo2,BP makin drop..doktor tidak dapat berbuat aper2 hanya boleh observe dan cuba sedaya upaya.. tepat pada pukul 8.10 malam.patient telah pergi buat selamanya..doktor telah sedaya upaya.namun ajal yang datang tidak siapa dapat menghalangnya.sang suami tetap nampak tenang..mencium dahi sang isteri..sang suami berkata" ALLAH SAYANGKAN SAYA"dia seolah olah redho dgn pemergian isterinya..ini membuatkan saya berfikir... bolehkah saya redha apabila ALLAH mengambil kembali orang yang disayangi..ya ALLAH jadikan hatiku seredho sang suami tadi..
No comments:
Post a Comment