mencari identiti tersendiri.

Thursday, December 9, 2010

Permataku by Mirwana

KEPENATAN YANG MEMBERI KEPUASAN..

 hari yang agak memenatkan. namun begitu memberi satu kepuasan buat  diri ini.. hari ni masuk hari kedua diriku menjaga HDU.. bukan hemodialisis unit tau..hari ni diriku di tugaskan untuk menjaga 4 orang patient bersama juniorku..sesampai aku di ward... resus active di jalankan..kerana overdose medication..patient terpaksa di intubate..perkara yang membuat saya terharu adalah sesampai saja suami patient... dia terus cium isteri dia yang telah tidak sedarkan diri..walaupun riak risau di wajah sang suami namun dia tetap nampak tenang.masa berlalu... spo2,BP makin drop..doktor tidak dapat berbuat aper2 hanya boleh observe dan cuba sedaya upaya.. tepat pada pukul 8.10 malam.patient telah pergi buat selamanya..doktor telah sedaya upaya.namun  ajal yang datang tidak siapa dapat menghalangnya.sang suami tetap nampak tenang..mencium  dahi sang isteri..sang suami berkata" ALLAH SAYANGKAN SAYA"dia seolah olah redho dgn pemergian isterinya..ini membuatkan saya berfikir... bolehkah saya redha apabila ALLAH mengambil kembali orang yang disayangi..ya ALLAH jadikan hatiku seredho sang suami tadi..


Wednesday, December 8, 2010

memcari jawapan yang tidak pasti.....

hari nie saya sendiri tidak tahu ape perasaan saya...MARAH...??? SEDIH...????kadang kala sy sendiri tidak faham dengan sikap segelintir manusia yang hanya mementingkan diri sendiri dengan melukakan orang lain..apabila di fikirkan secara tidak matang mahu saje di balas perbuatan orang sebegitu... namun akal yang waras masih berfungsi dengan aturannya..adalah tidak bijak untuk membalas perbuatan mereka..ini kerana apabila kte membalas perbuatan mereka ibarat kita adalah sama SEPERTI MEREKA...hari ni kte wat kt orang ...esok orang lain akan buat kt kita...sikap pentingkan diri memang ada diri setiap individu..depend pada untuk control sikap itu..pentingkan diri biar bertempat... fikir-fikirkan lah...

"I TRY TO CONTROL MY ANGER..."


Tuesday, December 7, 2010

Lirik Jalan Ku Pulang - Unic







Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMu

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu...





hari kita bertemu ...
hari esok belum tentu ...
hari ini kita bersatu ...
hari esok ALLAH yang tahu...


Itu satu hakikat dan kepastian..
hadirnya tidak kita alukan..
tua dan muda,miskin dan kaya pasti melaluinya...

BERSEDIAKAH KITA...?????
ya ALLAH ampuni dosaku....
sama ada dilakukan  sengaja atau tidak disengajakan..

ASSALAMUA'LAIKUM...

Maal hijrah  1432H..bermulalah blog baru... mencari identiti diri yang masih tidak kukuh dan cuba memperbaiki segala kekurangan yang ada dengan azam baru... semoga di permudahkan segala urusan  mejadikan diri ini lebih baik dari semalam... mejadi  MAWAR BERDURI  yang lebih mahal harganya tanpa di calari lumpur yang meranapkan serinya....