mencari identiti tersendiri.

Monday, June 20, 2011

alhamdulillah sem 6 telah pun tamat dengan result yg sederhana klo di bandingkan tidak setimpal dengan usaha.. semuanya pemberian ALLAH... walaupun pengakhiran sem 6 agak menyedihkan namun diri ini tetap bersyukur kerana masih di berikan kekuatan oleh ALLAH untuk menghadapinya... jauh di sedut hati untuk menangisi namun tiada faedah untuk di tangisi..semua ujian yang datang perlu di hadapi dgn hati yang redha .namun untuk mencapai redha di hati bkn sesuatu perkara yang mudah...ya ALLAH berikan aku kekuatan untuk menghadapi setiap ujianMU dan redhakan hatiku ...

peristiwa di ward 4 itu meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri ini ..menilai siapa sahabat yang sebenar... mungkin mudah untuk menyalahkan orang lain ...tp mungkin diri ini perlu bermuhasabah  kekurangan diri ini...pengajaran yang banyak mengajar diri ini untuk mejadi lebih matang...mungkin diri ini jarang marah dan apabila marah mudah reda...namun apa bila diri ini marah sekali ianya akan memberi kesan dalam diri...diri ini tetap manusia biasa adakalanya terguris jga..mungkin akan datang apabila bekerja diri ini lebih prefer melakukan semuanya dengan usaha sendiri tanpa meminta pertolongan orang lain...bukan semua orang memberi pertolongan dengan ikhlas...

namun begitu terima kasih kepada sahabat yang sudi memberi pertolongan...terimakasih sekali lagi yang tak terhingga...mungkin ada silap pada diri ini yang tidak disedari..maaf  ats keterlanjuran ...

Sunday, June 5, 2011

alhamdulillah ...hampir sebulan practical selepas pekse...minggu nie  last week practical untuk sem 6..pejam celik nak masuk tahun akhir dah... debaran semakin terasa...semakin menghampiri sem akhir semakin berat tanggungjawab dan amanah yang di pikul.. kadang kala terfikir boleh kerr saya menjadi seorang  jururawat yang berkualiti dan landasan niat yang betul.. selama practical dalam tempuh 3 thn ni ..macam macam ragam yang di perhatikan di sekeliling  buat diri takut ...namun bagaimana pun hidup mesti di teruskan ...semoga hari esok lebih baik dari semalam ...dan memberi lebih semangat untuk menghadapi hari esok yang  mencabar...