mencari identiti tersendiri.

Sunday, January 23, 2011

manusia yang sering terleka dan terlupa...

dalam meniti hari dalam tahun 2011,sedar tak sedar umur ini telah melangkau ke 23 tahun...namun kadang tersasar dari landasan... pernah dri ini rasa penat berkawan apabila dikhianati...merindui orang yang tidak halal buat diri ini...seolah olah kehilangan pedoman..

9 SITI YANG PERLU DI CONTOHI ...



1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.



walaupun kita tidak dapat menjadi sesempurna ke-9 siti ..sekurangnya kita mencuba mencontohi sikap mereka...ingatan buat diri yang sering terleka...

cinta yang sempurna...

kita sering terlupa ,cinta itu adalah anugerah dari yang ESA...walaupun ianya fitrah bagi setiap manusia..ianya perlu melalui jalan yang betul lagi halal..namun muda mudi zaman sekarang lebih memilih jalan yang ditentang oleh ALLAH malah di murkai... 

sering kita mendengar "kawan kawan jer"," kena lah bercinta dulu baru kenal hati budi"

pada hakikat sebenar perkenalan sebelum ikatan yang sah tidak menjamin orang yang kita kasihi itu adalah sama sperti sebelumnya...dan mungkin boleh berubah.islam telah mengariskan cara untuk berkenalan sebelum berkahwin iaitu melalui taa'ruf yang di ketuai oleh orang tengah yang arif tentang kedua-duanya..

bagaiamana kebahagiaan boleh di capai ,jika permulaannya telah di mulakan dengan kemurkaan ALLAH.. 
cinta yang halal akan lahir dari hati baru ke mata.. kerana ALLAH yang menanam rasa cinta itu dan bercambah dalam hati kita.

jangan risau bagi orang yang belum berpunya..bersyukurlah kerana ALLAH masih menjagamu dan menyayangimu..namun ujian pasti hadir dalam dirimu mempertahankan cinta itu, kadang kala mungkin dirimu hampir terjatuh dalam cinta yang penuh noda namun bertahanlah selagi mampu... 

biarkan orang berkata" kamu  tu yang memilih sangat... sebab tu xder orang yang nak"

tapi percayalah setiap orang ader pasangannya..dan bersabarlah menanti pasanganmu... bukan sempurna yang didambakan tetapi redha ALLAH  di cari...

sekadar ingatan buat diri yang sering terleka..dan untuk kawan2...